Bukanlah memaksa anda untuk melakukan kreativiti ini tapi
ianya hanyalah gambaran bahawa setiap sesuatu yang terbuang itu ada gunanya.
Jika anda tidak berminat atau sukar melakukannya, cara mudah yang boleh anda
lakukan adalah dengan mengumpul bahan terbuang ini. Kumpulkan ia mengikut
kategori seperti kertas, plastik, kaca, pakaian, besi, perkakas elektrik dan
kayu.
Setelah anda rasa ianya menyemakkan ruang di rumah anda,
juallah ia ditempat kitar semula atau tempat pengumpulan barangan terbuang.
Kadang kala mereka sendiri selalu meronda untuk mencari bahan-bahan ini. Nah!
bukankah ianya membawa keuntungan kepada anda...pulangan walaupun sedikit,
namun ingatlah sumbangan anda kepada alam dan generasi akan datang amat besar
sekali!