Isnin, 18 April 2016

Bukanlah memaksa anda untuk melakukan kreativiti ini tapi ianya hanyalah gambaran bahawa setiap sesuatu yang terbuang itu ada gunanya. Jika anda tidak berminat atau sukar melakukannya, cara mudah yang boleh anda lakukan adalah dengan mengumpul bahan terbuang ini. Kumpulkan ia mengikut kategori seperti kertas, plastik, kaca, pakaian, besi, perkakas elektrik dan kayu.
Image result for kitar semula botol

Setelah anda rasa ianya menyemakkan ruang di rumah anda, juallah ia ditempat kitar semula atau tempat pengumpulan barangan terbuang. Kadang kala mereka sendiri selalu meronda untuk mencari bahan-bahan ini. Nah! bukankah ianya membawa keuntungan kepada anda...pulangan walaupun sedikit, namun ingatlah sumbangan anda kepada alam dan generasi akan datang amat besar sekali!